Lori terbabas, pemandu cedera
KULAI - Seorang pemandu lori cedera selepas lori yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kilometer 26.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di laluan Kulai ke Senai, pagi tadi.
Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan ( PBK) II, Azizan Azis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan kenderaan yang membawa muatan makanan sejuk beku itu pada jam 8.12 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kulai ke lokasi kejadian.
"Ketika anggota bomba tiba, seorang mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) berusaha mengeluarkan mangsa berusia 24 tahun itu.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan di hantar ke Hospital Kulai menggunakan ambulan dan operasi tamat pada jam 8.54 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!