Cadangan PKPD di Pusat Koreksional Jasin diputuskan Isnin ini

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

MELAKA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu-satu kawasan hanya akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang perlu terlebih dahulu membuat penilaian risiko di kawasan berkenaan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara sama akan dibuat berhubung cadangan kerajaan Melaka untuk melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Jasin.

“Kita akan bincang cadangan ini pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Isnin ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) ke-27 di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Melaka cadang laksana PKPD di Pusat Koreksional Jasin

Semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dilaporkan berkata, kerajaan Melaka bercadang melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Jasin berikutan pertambahan kes jangkitan Covid-19 membabitkan banduan dan orang kena tahan di institusi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada Januari akan dihadiri satu perempat ahli bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah yang masih lagi di bawah pelaksanaan di bawah PKPB.

"Mungkin kita akan bincang tentang tiga negeri ini (bagaimana untuk melaksanakan mesyuarat secara fizikal). Yang lain-lain kita akan mulakan pada 1 Januari," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!