Remaja mati lemas ketika mandi di jeti

Mangsa dibawa naik selepas ditemui di bawah Jeti Nelayan Tanjung Piai, Pontian kira-kira lima meter dari lokasi dia dilaporkan lemas hari ini.
Mangsa dibawa naik selepas ditemui di bawah Jeti Nelayan Tanjung Piai, Pontian kira-kira lima meter dari lokasi dia dilaporkan lemas hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Kegembiraan 10 remaja lelaki mandi di Jeti Nelayan Tanjung Piai di sini hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Dalam kejadian pada jam 2.29 petang, Muhd Zahrawi P Ramlee,13, mandi bersama-sama rakannya sebelum dia dipercayai hanyut ketika air laut pasang.

Rakan-rakan mangsa kemudian meminta bantuan orang awam di jeti tersebut sebelum mereka menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa dibawa naik selepas ditemui di bawah Jeti Nelayan Tanjung Piai, Pontian kira-kira lima meter dari lokasi dia dilaporkan lemas hari ini.
Mangsa dibawa naik selepas ditemui di bawah Jeti Nelayan Tanjung Piai, Pontian kira-kira lima meter dari lokasi dia dilaporkan lemas hari ini.

Menurut Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan, satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV), satu utiliti Perodua Alza, satu bot aluminium dan tiga utiliti Hilux turut membantu.

"Pihak bomba membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di kawasan pesisiran pantai dan jeti dengan menggunakan kaedah 'surface and searching'. Semasa operasi SAR keadaan cuaca cerah dan keadaan air pasang di lokasi.

"Operasi dibantu 10 anggota polis bersama-sama empat kereta peronda, empat anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) bersama-sama sebuah ambulans selain orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, mangsa ditemui oleh orang awam pada jam 4.31 petang di bawah jeti berkenaan pada kedalaman enam kaki dengan jarak kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Menurutnya, mangsa dibawa naik sebelum dihantar ke Hospital Pontian untuk pengesahan kematian dan operasi tamat pada jam 5 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!