Selangor catat 401 kes baharu Covid-19 hari ini
SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 401 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding sebanyak 692 kes baharu semalam.
Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan memaklumkan, jumlah kes baharu Covid-19 ini merupakan jangkitan tempatan.
"Punca kes baharu pada hari ini adalah daripada 130 kluster sedia ada, 26 kluster baharu iaitu Tapak Bina Jalan Zuhrah, 119 saringan kontak rapat dan 126 lain-lain saringan Covid-19.
"Jumlah kes baharu ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di Selangor sebanyak 24,024 kes," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,153 jangkitan baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 91,969 kes.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 1,153 kes baharu, Selangor kekal catat kes tertinggi
Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu termasuk dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala kes aktif kini mencecah 15,294.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!