Bagaikan bermimpi berniaga dalam air

Fadhli (kanan) mengambil pesanan daripada pelanggan di kedai roti canainya di sini.
Fadhli (kanan) mengambil pesanan daripada pelanggan di kedai roti canainya di sini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - "Bagaikan bermimpi berniaga dalam air," begitulah reaksi seorang peniaga roti canai di Kampung Cabang Tiga di sini apabila mengambil keputusan meneruskan operasi kedai makan yang diusahakan bersama isterinya walaupun premis mereka digenangi air separas 0.3 meter susulan banjir melanda.

Pemilik kedai, Mohd Fadhli Mat Zain, 53 mengakui terkejut apabila melihat kedainya dinaiki air sedalam 0.3 meter sejak jam 6 pagi itu, namun dia dan isterinya, Umi Kalsom Yakub, 42, mengambil keputusan untuk meneruskan operasi kedai makan mereka seperti biasa.

Menurutnya, keputusan itu dibuat apabila memikirkan keperluan orang kampung yang sentiasa makan dan minum di kedainya selain memahami kesukaran di hadapi mereka untuk memasak di rumah dalam situasi banjir ketika ini.

"Walaupun kami terpaksa berendam kaki dalam air yang laju dan kesejukan, namun kami tetapkan sediakan makanan dan minuman untuk mereka. Malah pelanggan di sini juga 'tidak kisah' dengan suasana ini seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Umi Kalsom Yakub (kanan) dan suaminya, Mohd Fadhli membantu antara satu sama lain dalam menyediakan makanan untuk pelanggan mereka,
Umi Kalsom Yakub (kanan) dan suaminya, Mohd Fadhli membantu antara satu sama lain dalam menyediakan makanan untuk pelanggan mereka,

"Bagaimanapun kami tetap patuh pada prosedur operasi standard (SOP), walaupun mereka semua pelanggan tetap kami tetapi kepatuhan pada SOP tetap kami pentingkan. Mereka kena pakai pelitup muka dan tulis nama serta suhu pada buku yang kami sediakan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Fadhli yang baharu sebulan membuka kedai terbabit mengakui berniaga di dalam air turut menjadi pengalaman baharu baginya dan akan terus membuka kedainya, bagaimanapun akan menutupnya sekiranya keadaan banjir semakin buruk demi keselamatan bersama.

"Alhamdulillah pendapatan yang diperoleh masih tidak berubah sama seperti hari biasa malah pelanggan yang datang juga tidak berkurangan sebaliknya makin ramai.

Artikel Berkaitan:

"Musim hujan memang kita cepat rasa lapar dan tak banyak gerai dibuka di sini sepanjang banjir," katanya yang memulakan operasi kedainya bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!