Polis pantau pematuhan SOP di pasar malam

Operasi bersepadu di pasar malam di Chempaka Puri.
Operasi bersepadu di pasar malam di Chempaka Puri.
A
A
A

NILAI - Bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai melaksanakan Ops Bersepadu Pematuhan Covid 19 di Pasar Malam Chempaka Puri, Taman Chempaka Nilai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, operasi bersepadu tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Nilai, Asisten Superitendan Mohd Fami Jaafar, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban dan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban yang bermula jam 5 petang.

Mohd Fazley
Mohd Fazley

Menurutnya, hasil operasi tersebut, hanya satu kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di pasar malam telah dikeluarkan kerana gagal mematuhi SOP.

"Hasil pemerhatian kita dapati masyarakat sudah mula mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap pematuhan SOP Covid-19 di tempat awam, terutamanya di kawasan Nilai yang masih lagi berada dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

"Slogan #kitajagakita jangan hanya setakat di bibir sahaja, malah perlu seiring dengan perbuatan agar rantaian virus Covid-19 ini dapat dihapuskan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Anggota penguat kuasa sentiasa membuat pemantauan bagi pematuhan SOP Covid-19.
Anggota penguat kuasa sentiasa membuat pemantauan bagi pematuhan SOP Covid-19.

Mengulas lanjut, Mohd Fazley berkata, pihaknya yakin dengan penguatkuasaan bersepadu secara berterusan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih prihatin serta bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

Katanya, masyarakat juga dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan pihak polis akan terus melakukan pemantauan serta pemeriksaan dengan lebih kerap bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 dapat dicapai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!