Biarawati jadi hamba seks paderi

No Image Caption
A
A
A

VATICAN CITY - VATICAN. Pope Francis mengakui satu lagi skandal yang menggemparkan Gereja Roman Katolik selepas beliau mengesahkan para biarawati didera secara seksual oleh paderi dan uskup.

Pendedahan itu dibuat beliau ketika menaiki penerbangan pulang dari lawatan bersejarah di Timur Tengah.

Menurutnya, beberapa daripada pemimpin tinggi gereja itu turut menjadikan wanita sebagai hamba seks.

"Ia benar berlaku. Ada paderi dan uskup yang melakukan perbuatan seumpama itu. Saya rasa ia masih terus berlaku kerana ia tidak akan terhenti hanya kerana orang sudah mengetahui tentangnya. Kami juga sudah menggantung beberapa paderi yang disyaki terlibat," jelasnya lagi.

Beberapa hari lalu, skandal memalukan tersebut didedahkan majalah wanita Vatican, Women Church World yang mengutuk penderaan seksual ke atas golongan terbabit.

Dalam kes berprofil tinggi di Chile, Vatican telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan paderi melakukan serangan seksual ke atas biarawati.

Pendedahan terbaharu itu dibongkar beberapa tahun selepas ribuan kanak-kanak lelaki menjadi mangsa nafsu serakah golongan paderi di seluruh dunia dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilindungi pemimpin tertinggi gereja. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!