Varian baharu Covid-19 'di luar kawalan'

Tiada bukti menunjukkan varian baharu itu lebih berbahaya atau menyebabkan vaksin menjadi kurang efektif. - Foto: Agensi
Tiada bukti menunjukkan varian baharu itu lebih berbahaya atau menyebabkan vaksin menjadi kurang efektif. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK), Matt Hancock mengesahkan varian baharu Covid-19 yang mencetuskan sekatan ketat di London dan tenggara England berada 'di luar kawalan'.

Beliau turut memberi amaran langkah ketat itu akan terus dikuatkuasakan sehingga program vaksinasi dilaksanakan secara menyeluruh.

"Kita perlu ambil langkah tegas untuk membendung penularan cepat wabak itu. Kita mungkin akan berdepan situasi ini untuk tempoh beberapa bulan akan datang," ujarnya.

Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, mereka kini mengikuti perkembangan varian baharu Covid-19 selepas pihak berkuasa kesihatan di United Kingdom (UK) mengemukakan maklumat dan analisis berterusan yang dilakukan mereka.

“Kami akan memberikan info lanjut kepada orang ramai selepas mengetahui dengan lebih terperinci tentang sebarang implikasi dan ciri varian baharu itu,” ujar agensi PBB itu menerusi Twitter.

Matt Hancock
Matt Hancock

Susulan pendedahan laporan itu, Perdana Menteri, Boris Johnson mengumumkan perintah duduk di rumah di London dan tenggara England bermula pada Ahad bagi memperlahankan penularan wabak itu yang didakwa lebih mudah berjangkit.

Menurutnya, arahan di bawah peraturan baharu empat peringkat itu akan berkuat kuasa sehingga 30 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, kebanyakan kawasan di negara itu termasuk London masih dikenakan sekatan sistem tiga peringkat bagi membendung penularan pandemik tersebut.

BBC melaporkan peraturan ketat untuk sambutan Hari Natal juga akan dilaksanakan di kawasan terlibat.

Pada Jumaat, Afrika Selatan mendedahkan ia juga mengesan varian 501.V2 yang teruk dan mengalami mutasi yang menjangkiti golongan muda sekali gus mencetuskan gelombang jangkitan kedua di negara itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!