Jangan ikut macam saya: Emma Maembong
PELAKON sensasi, Emma Maembong tampil mendedahkan dia tidak lagi bertudung sebagaimana dilaporkan portal media hiburan berlainan.
Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali Emma Maembong, 27, mengakui tindakannya mendedahkan aurat adalah contoh yang tidak baik.
Tambah Emma, dia bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kecaman atas tindakan yang dibuatnya.
"Apa pun alasan saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.
“Istiqamah dalam bertudung ini bukan perkara mudah, pasti ada sahaja ujian yang datang. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Oleh itu, tindakan saya membuka tudung bukanlah contoh yang baik dan jangan ikut saya," jelasnya jujur.
Selain itu, Emma juga menegaskan bahawa dia bertudung sebelum ini bukan kerana faktor ada bisnes tudung, malah ketika memulakan perniagaan itu dia juga masih belum menutup aurat.
Kata Emma lagi, ahli keluarganya turut berharap agar dia kembali berhijab suatu hari nanti.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!