Gempa bumi kuat berhampiran pantai timur Honshu, Jepun

Gempa itu berlaku kira-kira 104 km timur laut dari Hachinohe, Jepun.
Gempa itu berlaku kira-kira 104 km timur laut dari Hachinohe, Jepun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 1.23 pagi pada Isnin (waktu di Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, gempa itu berlaku kira-kira 104 kilometer (km) timur laut dari Hachinohe, Jepun.

Bagaimanapun katanya, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!