Elak sikap 'lebih suci daripada orang lain'

 Mohamed Hanipa Maidin
Mohamed Hanipa Maidin
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang elemen 'holier than thou' harus dielakkan sebaliknya penonjolan 'Islam is merciful to all' sewajarnya diketengahkan dalam menangani hal agama membabitkan perkahwinan seorang wanita di India.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, dalam hal agama, beliau amat arif dengan kesan isu seperti itu terhadap pihak terlibat dan keluarga mereka.

“Malah terhadap isu keharmonian dan perpaduan kaum serta agama khususnya dalam masyarakat rencam bangsa dan agama jika ia gagal ditangani dengan baik dan penuh berhikmah serta dengan ‘cool head’,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Hanipa berharap penganut agama Sikh faham dan mengerti keresahan orang Islam yang amat sensitif dan peka dengan kepercayaan mereka.

Sementara kepada orang Islam pula Mohamed Hanipa berkata, adalah tidak wajar menambah parah dalam kerumitan isu itu dengan memberikan tekanan berterusan yang tidak sepatutnya kepada wanita itu dan keluarganya.

“Seteruk mana pun kita mungkin merasai bebanan kes ini, saya percaya teruk lagi bebanan dihadapi oleh wanita ini dan keluarga beliau,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!