Hujan renyai tidak halang orang ramai berurusan dengan KWSP

Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor hari ini.
Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hujan renyai di sebelah petang tidak menghalang orang ramai beratur untuk memasuki Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru di Jalan Dato' Dalam di sini pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai beratur sepanjang kira- kira 400 meter untuk melengkapkan permohonan kemudahan skim i-Sinar yang dibuka.

Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor hari ini.
Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor hari ini.

Bagi tujuan keselamatan, pihak pengurusan Pejabat KWSP meminta orang ramai beratur di tempat letak kenderaan bangunan berbanding beratur di tepi jalan.

ROSILAWATI
ROSILAWATI

Suri rumah, Rosilawati Wan Seman, 41, berkata dia tiba di Pejabat KWSP Johor pada jam 1 tengah hari untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar.

"Simpanan KWSP sewaktu saya pernah bekerja sebagai operator pengeluaran akan digunakan untuk membantu suami yang kini meniaga ikan bakar selepas hilang pekerjaan akibat Covid- 19.

"Walaupun terpaksa beratur, tetapi saya dapati urusan dengan KWSP cukup mudah kerana ramai kakitangan yang berada di kawasan pekarangan Pejabat KWSP untuk membantu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Qayyum menolak kerusi roda ayahnya Abdul Razak yang hadir ke Pejabat KWSP Johor di Johor Bahru pada Isnin.
Qayyum menolak kerusi roda ayahnya Abdul Razak yang hadir ke Pejabat KWSP Johor di Johor Bahru pada Isnin.

Seorang lagi pengunjung, Abdul Razak Abu Samah, 50, berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pengeluaran akaun satu yang sangat diperlukan terutama kepada beliau dan keluarga.

Dia yang berkerusi roda datang ke Pejabat KWSP Johor bersama anaknya, Qayyum Mirza, 15.

Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor, Johor Bahru pada Isnin.
Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor, Johor Bahru pada Isnin.

Menurutnya, sebelum diserang strok pada bahagian kiri badan kira-kira lapan bulan lalu, dia bekerja di sebuah syarikat pengangkutan swasta.

"Saya rancang wang simpanan yang dikeluarkan nanti akan digunakan untuk tanam sayur-sayuran di kampung di Ayer Hitam selain menampung perbelanjaan tiga orang anak yang masih bersekolah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!