Lima tentera Nigeria maut dalam serangan Boko Haram

Lima tentera Nigeria dibunuh dan sekurang-kurangnya 35 orang diculik oleh kumpulan pengganas Boko Haram di negeri Borno timur laut Nigeria.
Lima tentera Nigeria dibunuh dan sekurang-kurangnya 35 orang diculik oleh kumpulan pengganas Boko Haram di negeri Borno timur laut Nigeria.
A
A
A

ABUJA - Kumpulan pengganas Boko Haram membunuh lima tentera Nigeria dan menculik sekurang-kurangnya 35 orang di negeri Borno timur laut Nigeria, menurut sumber tentera pada Ahad, lapor Agensi Berita Anadolu memetik laman web berita tempatan The Guardian.

"Pengganas melepaskan tembakan menggunakan rocket-propelled grenade yang mengenai satu daripada konvoi kenderaan yang membawa lima tentera di dalamnya.

“Kelima-lima mereka terbunuh,” menurut laman web itu.

Beberapa orang turut cedera dalam serangan pada Sabtu itu di negeri yang menjadi kubu kuat Boko Haram.

Serangan berlaku beberapa hari selepas lebih 300 pelajar sekolah yang diculik pengganas Boko Haram di negeri Katsina diselamatkan pasukan tentera. Katsina, menempatkan kediaman Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari.

Walaupun dikatakan tidak mempunyai kaitan, kejadian sama pernah berlaku pada 2014 di Chibok yang menyaksikan 270 pelajar perempuan diculik dan penculikan 110 pelajar perempuan di timur laut pada 2018.

Sementara itu, tentera Nigeria "meneutralkan" sembilan pengganas dalam operasi menentang kumpulan berkenaan pada hujung minggu.

Lebih 30,000 orang terbunuh dan hampir tiga juta terpaksa berpindah sejak sedekad lalu akibat keganasan Boko Haram di Nigeria, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Menurut agensi pelarian itu, keganasan telah menjejaskan 26 juta orang di wilayah Lake Chad dan 2.6 juta yang lain hilang tempat tinggal. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!