Kes Covid-19 Amerika Syarikat lepasi 18 juta
MOSCOW - Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) telah melebihi 18 juta, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Jonhs Hopkins University.
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 18,006,061, manakala angka korban kini mencecah 319,190.
Pada 11 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak jangkitan Covid-19 sebagai pandemik. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!