Barcelona mahu Neymar minta maaf

Neymar
Neymar
A
A
A

PEMAIN Paris Saint Germain (PSG), Neymar boleh kembali ke Barcelona dan bermain bersama Lionel Messi, namun perlu memohon maaf secara terbuka kepada kelab Catalan itu.

Calon Presiden Barcelona, Jordi Farre berkata, permohonan maaf tersebut perlu dilakukan oleh Neymar apabila mengheret kelab Sepanyol itu ke mahkamah selepas berpindah ke PSG tiga tahun lalu.

"Neymar sangat dialukan untuk kembali ke kelab ini namun, dia perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada pasukan dan semua penyokong.

"Kami telah bercakap dengan orang yang rapat dengan Neymar dan mereka mengatakan Neymar mahu pulang.

"Siapa yang tidak mahukan pemain ketiga terbaik di dunia dalam pasukan mereka? Ada pilihan untuk membawa Neymar ke kelab ini pada jendela perpindahan akan datang dengan dengan harga yang lebih murah," katanya.

Pemain kelahiran Brazil itu menghabiskan empat musim bersama Barcelona dan meraih banyak kejuaraan hasil gandingan cemerlang dengan Messi dan Luis Suarez sebelum mengambil keputusan berpindah ke PSG pada 2017.

Perpindahan Neymar ke PSG itu dibayangi dengan krisis apabila turut bertindak mengheret Barcelona ke mahkamah selepas mendakwa kelab lamanya itu gagal mematuhi kontrak.

Bagaimanapun, Neymar kembali menarik perhatian selepas mendedahkan mahu bermain bersama Messi sekali gus tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Barcelona.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Farre berharap dapat memujuk Messi untuk terus kekal di kelab tersebut dengan Barcelona mempunyai perancangan tertentu untuk pemain itu.

"Messi dan Neymar akan dapat bermain bersama tahun depan dan saya yakin Messi tidak akan meninggalkan pasukan. Mungkin kami perlu memujuk dia dan cuba berunding lagi dengannya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!