Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin Covid-19 pertama

 Suruhanjaya Eropah pada Isnin meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 BioNTech dan Pfizer susulan cadangan positif Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA), lapor Agensi Berita Croatia (HINA).
Suruhanjaya Eropah pada Isnin meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 BioNTech dan Pfizer susulan cadangan positif Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA), lapor Agensi Berita Croatia (HINA).
A
A
A

ZAGREB - Suruhanjaya Eropah pada Isnin meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 BioNTech dan Pfizer susulan cadangan positif Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA), lapor Agensi Berita Croatia (HINA).

"Hari ini (Selasa) kita tambah bab penting untuk kisah kejayaan Eropah, dengan menyediakan vaksin Covid-19 pertama untuk orang Eropah," tweet Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.

Von der Leyen berkata, lebih banyak vaksin akan dibawa masuk. Vaksin diluluskan pada Selasa akan tersedia untuk semua negara EU dengan syarat sama.

Terdahulu, EMA meluluskan vaksin Pfizer dan BioNTech, setelah suruhanjaya itu mengkaji semua elemen yang diperlukan untuk kelulusan bersyarat dan memasarkannya serta berunding dengan semua negara EU sebelum membuat keputusan.

"Hari ini (Selasa) adalah penentuan buat Eropah & pengurusan Covid-19. Hari ini (Selasa) adalah hari perpaduan sebenar untuk tindakan EU," ciap Pesuruhjaya Kesihatan Stella Kyriakides.

Persiapan untuk memperkenalkan vaksin di EU dibuat setelah strain baharu Covid-19 dikesan di Britain dan negara EU telah menutup sempadan dengan United Kingdom menjelang cuti perayaan Krismas.

EMA mengatakan kemungkinan besar vaksin itu berkesan untuk strain baharu Covid-19.

EU menyasarkan untuk memvaksin sekurang-kurangnya 70 peratus daripada 450 juta penduduknya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!