Suami isteri maut nahas di lebuh raya

Kereta mangsa yang terbalik di Kilometer 23 Lebuhraya Port Dickson-Seremban pada Selasa.
Foto: Ihsan PDRM
Kereta mangsa yang terbalik di Kilometer 23 Lebuhraya Port Dickson-Seremban pada Selasa. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

PORT DICKSON - Pasangan suami isteri maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 23 Lebuhraya Port Dickson-Seremban hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari itu, Seng Pang Hemg, 57, dan isterinya, Lim Mei May, 50, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Pemandu yang juga merupakan anak saudara kepada pasangan suami isteri itu cedera parah dan masih dirawat di zon merah Hospital Port Dickson (HPD).

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kereta jenis Honda HRV yang dinaiki tiga penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

"Siasatan awal mendapati kenderaan mangsa yang dalam perjalanan dari arah Telok Kemang menghala ke Seremban hilang kawalan, lalu terbabas ke kiri jalan iaitu kawasan lapang.

"Kenderaan tersebut dipercayai berpusing beberapa kali dan menyebabkan semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

"Mangsa maut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan HPD yang turut sama bergegas ke lokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik HPD untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan meninggalkan empat anak berusia 18 hingga 28 tahun.

"Siasatan lanjut masih lagi diteruskan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!