Isu Illi Najwa di Punjab

No Image Caption
A
A
A

PADA pendapat Awang, umat Islam negara ini bukanlah nak jadi pak sibuk dalam soal perkahwinan antara Illi Najwa Saddique dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Wanita yang dikatakan anak saudara seorang Menteri Kabinet nak kahwin dengan siapapun, itu soal dia.

Umat Islam negara ini terkejut dengan video acara perkahwinan mereka di Punjab. Sama ada itu sebahagian daripada acara agama atau adat, Awang tak pasti.

Banyaklah soalan yang timbul ekoran video itu. Ada yang kata Manpreet dah masuk Islam. Ada pula berita yang mengatakan dia kekal dengan agamanya. Illi sendiri dah jelaskan dia dan Manpreet dah nikah pada 16 Disember secara tertutup. Katanya surat nikah akan keluar tak lama lagi. Dia juga minta maaf pada ‘Untie Limah’ ekoran kontroversi itu.

Awang setuju sangat dengan baginda Sultan Johor yang bertitah, jangan tergesa-gesa hukum Illi Najwa. Semua pihak jangan cepat-cepat buat rumusan yang tak matang.

Titah baginda lagi, isu ini haruslah ditangani dengan penuh bijaksana. Baginda penuh yakin bahawa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti negeri Johor akan bantu Illi Najwa untuk kekalkan aqidahnya dalam lingkungan syariat Islam.

Baginda juga nasihatkan Illi Najwa agar tidak melanggar norma-norma yang ditetapkan oleh Islam.

Bagus sangat baginda Tuanku ambil tahu dan beri nasihat. Ini melibatkan nama baik Islam dan Negeri Johor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!