Harap semua bersatu hati gerakkan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030

Nancy Shukri
Nancy Shukri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berharap agar semua pihak bersatu hati menggerakkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 ke arah memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan di serata dunia.

Nancy berkata, melalui dasar berkenaan, tumpuan akan diberikan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan yang merupakan indikator terpenting dalam memberi impak kepada ekonomi negara.

"Dalam hal ini, kita memilih untuk mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, atau dalam istilah yang lebih mudah adalah kepada ‘quality tourist’ atau ‘high yield tourist’.

ARTIKEL BERKAITAN: Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 jamin kelangsungan industri pelancongan

"Selain itu, kita juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan pilihan dunia berdasarkan tarikan semula jadi yang ada di Malaysia," katanya dalam ucapan alu-aluannya pada majlis pelancaran DPN 2020-2030 yang diadakan secara dalam talian pada Rabu.

Dasar berkenaan kemudiannya dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, DPN 2020-2030 yang dilancarkan pada Rabu bermatlamat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global.

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan dasar berkenaan secara dalam talian, berkata matlamat itu akan dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif serta kesediaan mengharungi bencana pada masa akan datang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!