[VIDEO] Hari Krismas: Sesi perjumpaan keluarga, banduan dibatalkan

Kenyataan media JPM
Kenyataan media JPM
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Penjara membatalkan sesi perjumpaan keluarga bersama penghuni penjara secara fizikal di seluruh institusi penjara sempena Hari Krismas ini.

Jabatan Penjara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sesi perjumpaan berkenaan digantikan dengan menggunakan aplikasi Skype dan juga perkhidmatan telefon prabayar yang telah disediakan.

"Langkah tersebut bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ke dalam institusi penjara.

“Diharapkan ahli keluarga dapat memberi kerjasama dan sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada institusi penjara yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!