Polis berkas suspek samun menyamar ustaz, pegawai Imigresen

Nik Ezanee menunjukkan senjata yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya di sini Rabu.
Nik Ezanee menunjukkan senjata yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya di sini Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis memberkas seorang lelaki yang menyamar sebagai 'ustaz halim' bersama rakannya disyaki menyamun warga asing ketika menjalankan rawatan tradisional di Desa Mentari di Sungai Way pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 40 dan 49 tahun itu ditahan secara berasingan di Flat San Peng dan sebuah kelab malam di Changkat Bukit Bintang pada hari yang sama.

"Modus operandi dua suspek ini adalah mensasarkan warga asing dengan menawarkan khidmat rawatan tradisional.

"Suspek kemudiannya akan berpakat dengan rakannya yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) untuk menyamun mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Rabu.

Nik Ezanee berkata, suspek yang menyamar sebagai pegawai Imigresen itu hanya memakai pakaian pengawal keselamatan sebelum menyamun dengan melarikan pelbagai barangan.

"Kedua-dua suspek itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun.

Dalam kes berasingan, Nik Ezanee memaklumkan pihaknya berjaya memberkas tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan ragut di sekitar daerah itu pada Selasa.

"Hasil siasatan ke atas kesemua suspek mendapati mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah, jenayah samun, ragut dan khianat.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!