Jerman lanjut sekatan perjalanan dari UK

No Image Caption
A
A
A

BERLIN - Jerman pada Selasa melanjutkan larangan perjalanan dari Britain hingga 6 Januari di tengah kebimbangan penuralan varian baharu Covid-19, walaupun Suruhanjaya Eropah sebelum ini mencadangkan negara anggota menamatkannya.

Maklumat perjalanan terkini yang dikeluarkan pada Selasa itu melarang pelancong dari Britain masuk ke Jerman mulai 22 Disember hingga 6 Januari, namun larangan itu tidak tertakluk kepada warga Jerman, lapor Agensi Berita Xinhua.

Dari 1 Januari 2021, individu yang mempunyai kebenaran tinggal dan menetap dibenarkan masuk, kata kenyataan itu.

"Kerajaan Persekutuan perlu meluluskan setiap satu penerbangan."

Jerman adalah antara negara Kesatuan Eropah yang baru-baru ini melarang atau mempertimbangkan untuk menyekat perjalanan dari Britain kerana kebimbangan terhadap jenis virus baharu Covid-19 yang menular di seluruh selatan England.

Terdahulu, Suruhanjaya Eropah tidak menggalakkan perjalanan keluar dan masuk dari Britain yang kurang penting tetapi kebenaran diberikan kepada individu yang mahu kembali negara asal dengan syarat perlu menjalani ujian saringan Covid-19 atau kuarantin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!