Hampir 200 warga Bangladesh tinggal bersesak

Kesemua mereka didakwa merancang mahu ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan.
Kesemua mereka didakwa merancang mahu ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Hampir 200 lelaki dikenal pasti sebagai warga Bangladesh ditemui tinggal bersesak dalam sebuah rumah kedai di Indonesia, menurut pihak berkuasa, semalam.

Serbuan itu dilakukan polis di bandar Medan, Pulau Sumatera selepas menerima maklumat daripada penduduk setempat.

"Hasil pemeriksaan mendapati 192 lelaki kebanyakan berusia lingkungan 20-an tinggal di bangunan dua tingkat tersebut. Kami percaya mereka datang dari Bangladesh dengan menaiki bot dan tinggal sementara di premis itu selama beberapa bulan sebelum ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan," ujar jurucakap pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Imigresen Medan, Fery Monang Sihite memberitahu mereka juga tidak mempunyai sebarang dokumen.

"Kami masih menyoal siasat mereka dan akan memutuskan sama ada mahu menghantar pulang atau tidak," tambahnya lagi. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!