Lagu K-Pop 'sambut' polis bunuh jiran di Filipina

Jonel Nuezca (kanan) bertegang urat dengan Sonya Gregario dan anak lelaki wanita itu, Frank. Foto: Agensi
Jonel Nuezca (kanan) bertegang urat dengan Sonya Gregario dan anak lelaki wanita itu, Frank. Foto: Agensi
A
A
A

MANILA - Lagu ‘I Don’t Care’ dendangan kumpulan K-POP, 2NE1 dari Korea Selatan trending di media sosial minggu ini selepas ia dinyanyikan sekumpulan banduan di sebuah penjara di Filipina.

Klip video berdurasi 19 saat itu dipercayai dirakam di sebuah pusat tahanan penuh sesak di Cavite.

Individu yang memuat naik video itu mendakwa, lagu berkenaan dinyanyikan bagi menyambut ‘kedatangan’ Jonel Nuezca, pegawai polis yang berdepan pertuduhan membunuh seorang ibu dan anaknya di Tarlac pada Ahad lalu.

Video berkenaan telah ditonton lebih dua juta kali sejak ia dimuat naik ke platform media sosial.

Nuezca pada Ahad lalu menembak mati jirannya, Sonya Gregario, 52, dan anak lelaki wanita itu, Frank yang berusia 25 tahun pada jarak dekat.

Pembunuhan itu berpunca daripada perselisihan faham akibat bunyi bising selepas Frank melepaskan meriam udara buatan paip PVC.

Sebelum ditembak, Sonya yang dilihat memeluk erat anaknya menjerit ‘i don’t care’.

Tidak dipastikan di mana Nuezca ditahan, namun Presiden Rodrigo Duterte menegaskan Nuezca perlu diheret ke muka pengadilan dan dihukum. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!