Lembu pakai ‘bra bulu’ ketika musim sejuk
YAKUTSK - Lembu di sebuah perkampungan paling sejuk di dunia dipakaikan ‘bra bulu’ untuk memanaskan haiwan tersebut ketika suhu dingin melampau pada musim sejuk di wilayah Timur Jauh Siberia.
Petani di perkampungan Oymyakon di Yakutia, Nikolay Atlasov berkata, ‘coli’ berbentuk segi tiga itu dipasangkan pada haiwan ternakannya berikutan suhu menjunam kepada -45 darjah celsius.
“Kesemua lembu ternakan saya akan dipakaikan ‘bra’ tersebut setiap kali ia dibawa keluar dan ketika suhu menurun kepada -60 darjah celsius. Ini cara bagaimana haiwan ternakan kami menghadapi musim sejuk,” ujarnya.
Menurut penduduk tempatan, ‘bra’ tersebut dihasilkan daripada kulit kambing biri-biri atau bulu hare (spesies arnab).
Ia kemudiannya diikat menggunakan tali panjang pada badan lembu terbabit dan satu daripadanya di bawah ekor haiwan itu.
“Bra itu membantu untuk melindungi kulit lembu dan dapat menghasilkan sehingga dua liter susu. Perkara utama adalah untuk memastikan lembu-lembu itu tidak kesejukan. Bra tersebut akan dipakaikan apabila suhu menurun kepada -35 darjah celsius,” jelasnya lagi.
Difahamkan, suhu paling rendah pernah direkodkan adalah -67.7 darjah celsius pada tahun 1933.
Perkampungan itu dikatakan perkampungan penduduk paling sejuk di bumi yang mendapat jolokan ‘Kutub Dingin’. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!