Kerajaan India kurangkan berat beg sekolah

Pelajar di India tidak perlu lagi membawa beg berat ke sekolah. - Foto Zeenews India
Pelajar di India tidak perlu lagi membawa beg berat ke sekolah. - Foto Zeenews India
A
A
A

NEW DELHI - INDIA . Kerajaan India bertindak mengeluarkan garis panduan berat beg sekolah berdasarkan usia pelajar kerana bimbang generasi muda itu akan mengalami masalah tulang belakang pada masa depan.

Satu kajian oleh Dewan Perniagaan dan Industri Bersekutu India mendapati 68 peratus kanak-kanak praremaja mungkin mengalami sakit belakang ringan, yang boleh menjadi kronik seterusnya menyebabkan bongkok pada masa depan.

Kajian membabitkan lebih 2,500 kanak-kanak dan 1,000 ibu bapa di bandar utama itu mendedahkan, lebih 88 peratus kanak-kanak berusia tujuh hingga 13 tahun membawa lebih dari 45 peratus berat badan mereka di atas belakang.

"Anak saya mengalami kesukaran membawa begitu banyak buku,” kata ibu beranak dua, Rashmi Tapke sambil menambah, beg sekolah berat menunjukkan perancangan jadual pembelajaran yang lemah dan dia menyokong langkah berkenaan.

Pekeliling persekutuan itu turut mencadangkan kanak-kanak darjah satu dan dua tidak perlu diberikan kerja sekolah supaya mereka tidak perlu membawa buku pulang ke rumah.

Artikel Berkaitan:


Di Maharashtra misalnya, kebanyakan sekolah menggariskan berat beg tidak patut melebihi 10 peratus berat badan kanak-kanak.

Bagaimanapun, di kebanyakan kawasan pedalaman India, kanak-kanak terpaksa berjalan jauh ke sekolah dengan membawa bebanan beg yang berat. - Reuters

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!