Kutipan Zakat Melaka meningkat walaupun dalam situasi Covid-19

Mohd Ali (dua dari kiri) menerima bayaran zakat Tabung Haji (TH) 2019 berjumlah RM 2.79 juta daripada Pengarah Tabung Haji Melaka, Mohamed Zahir Hussin @ Yusof (dua dari kanan). Bayaran zakat TH 2019 bagi negeri Melaka ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2018 iaitu RM2,693,964.62.

A
A
A

MELAKA - Zakat Melaka mencatatkan kutipan zakat berjumlah RM87,059,870.89 pada tahun ini, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak RM820,021.10 atau 0.95 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil berkata, pada tahun lalu Zakat Melaka merekodkan RM86,239,849.79 namun pada tahun ini menyaksikan peningkatan pembayar zakat dari 45,308 tahun lalu kepada 47,661 dengan peningkatan seramai 2,353 atau 5.19 peratus.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan jumlah kutipan zakat di Melaka terus meningkat dengan sasaran peningkatan 10 hingga 15 peratus setiap tahun.

"Biarpun berdepan pandemik Covid-19, namun kutipan dan jumlah pembayar zakat terus mencatatkan peningkatan. Kita sedia maklum dengan keadaan ini jumlah yang dibayar sedikit menurun tetapi dengan pertambahan bilangan pembayar zakat kita dapat menampung kekurangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.di Dewan Seri Utama Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (kanan) membaca akad zakat perniagaan dihadapan Mohd Ali dan Sulaiman (kiri) ketika Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, seiring dengan peredaran zaman dan teknologi moden, pihaknya tidak ketinggalan menggunakan medium seperti media sosial untuk memberi kesedaran dan menggalakkan orang ramai menunaikan zakat termasuk zakat perniagaan.

Menurutnya, langkah itu akan dapat memperkasakan pembayaran secara dalam talian dan pada masa sama menyediakan kemudahan kepada pembayar zakat dengan turun ke lapangan setiap minggu.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini semua jenis zakat meningkat, kecuali zakat pertanian memandangkan tidak ramai usahawan dalam bidang pertanian.

"Kita juga akan menghubungi pihak syarikat atau pembayar individu untuk mentafsirkan zakat mereka secara tidak langsung memudahkan pembayaran zakat dilakukan," katanya.

Terdahulu, Ibrahim mengumumkan zakat pendapatan mendominasi kutipan keseluruhan zakat iaitu sebanyak RM50,605,707.33, diikuti zakat wang simpanan (RM14,675,170.59, zakat perniagaan (RM15,240,918.15), zakat emas perak (RM942,293.54), zakat saham (RM669,893.73) serta zakat ternakan dan pertanian.

Zakat fitrah pula merekodkan kutipan RM4,807,684 pada tahun ini, menunjukkan peningkatan 6.46 peratus berbanding tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!