Dua remaja tak mengaku rogol gadis bawah umur

Remaja berusia 17 tahun (tengah) mengaku tidak bersalah merogol gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Khamis.
Remaja berusia 17 tahun (tengah) mengaku tidak bersalah merogol gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Dua remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sungai Petani pada Khamis kerana merogol seorang gadis bawah umur di Tanjung Dawai pada 11 Disember lalu.

Terdahulu, Muhamaad Saiful Nizam Jamaludin, 19, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana merogol mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Tanjung Dawai, pada jam lebih kurang 9 malam.

Disebabkan itu, dia telah melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Galvin Loo Wei Ming manakala remaja itu diwakili Peguam K Sobini.

Hakim Azman Abu Hassan membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 berserta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri ke Balai Polis Tanjung Dawai setiap 25 hari bulan bermula Januari 2021 sehingga kes selesai.

Sementara itu, rakannya, berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret dengan pertuduhan sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzly Hassan dan remaja itu diwakili peguam, Fahmi Izzudin Jefri.

Majistret Nadhirah Abdul Rahim membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 dan dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri ke Balai Polis Tanjung Dawai pada 7 dan 14 hari bulan pada setiap bulan bermula Januari 2021 sehingga kes selesai.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua mereka yang menjadi nelayan agar tidak mendekati atau menghubungi mangsa dan keluarga mangsa dengan apa cara sekalipun sama ada secara langsung atau melalui media sosial. Jika ingkar, jaminan boleh dibatalkan.

Sebutan semula ditetapkan pada 27 Januari 2021 bagi mendapatkan laporan perubatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!