Pekerja TMpoint Taipan positif Covid-19

TMpoint Taipan
TMpoint Taipan
A
A
A

SHAH ALAM - Telekom Malaysia Berhad (TM) mengesahkan terdapat satu kes baharu positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya di TMpoint Taipan, Subang Jaya pada 23 Disember lalu.

Menurut satu kenyataan, pekerja berkenaan yang dijangkiti wabak itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Sementara itu, pengesanan kontak secara terperinci sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bantuan Pasukan Tindak Balas Krisis Covid-19 TM untuk mengenal pasti kontak rapat pekerja tersebut.

"Kontak rapat yang telah dikenal pasti kini sedang dihubungi oleh KKM untuk nasihat dan tindakan selanjutnya," katanya pada Khamis.

Berikutan daripada kes itu, TM telah mengaktifkan protokol keselamatan yang sewajarnya dengan mengarahkan premis tersebut ditutup untuk tujuan sanitasi dan nyah kuman sehingga 29 Disember depan.

Bagaimanapun cawangan TMpoint yang lain akan terus beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta panduan keselamatan tambahan.

"TM menegaskan bahawa syarikatnya akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, para anggotanya dan masyarakat," katanya.

Sehubungan itu, syarikat telekomunikasi itu turut mengingatkan semua pihak agar kekal selamat, mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri serta mematuhi SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!