UMNO tidak harus jadikan 'No DAP No Anwar' pendirian muktamad: Ku Li

Tengku Razaleigh (kanan) menjadi tetamu program bual bicara 'Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia: Kemana Kita' di Pejabat Sekretariat MPN, Kajang pada Khamis.
Tengku Razaleigh (kanan) menjadi tetamu program bual bicara 'Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia: Kemana Kita' di Pejabat Sekretariat MPN, Kajang pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berpandangan sikap 'No DAP No Anwar' yang dikatakan dipegang UMNO tidak harus menjadi pendirian muktamad parti itu.

Sebaliknya beliau berkata, dalam politik semua perkara perlu diambil kira, namun perkara utama yang menjadi kepentingan parti adalah kepada kehendak rakyat.

“Saya rasa itu (pendirian) sentimen tebal sahaja. Bagi saya dalam politik itu semua tak diambil kira, yang penting rakyat, rakyat mesti diambil kira.

“Kalau masalah itu memerlukan kita sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kepada rakyat, maka itulah yang didahulukan.

“Soal kita dengan DAP, kita sebagai pemimpin mesti bijak, bijak menguruskan, bijak membahagikan kuasa, bijak menentukan dan memantau apa yang boleh diberi dan dilakukan oleh rakan (politik) kita.

“Jadi, kalau kita menguasai keadaan, saya rasa itu tak menjadi perhitungan. Yang penting, rakyat,” katanya dalam bual bicara mengenai masa depan Malaysia di Kajang anjuran Majlis Profesor Negara pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menjawab soalan penonton apakah naratif politik 'No DAP No Anwar' yang dipegang UMNO itu masih bersesuaian dengan situasi politik negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!