Kerajaan tak kompromi cubaan cetus ketegangan
Beliau berkata sebarang kejadian yang menimbulkan kekecohan sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda dan kecederaan mesti ditangani segera dan dilenyapkan sama sekali.
“Jangan sekali-kali mengapi-apikan perasaan perkauman dan ketegangan... ini tidak boleh dikompromi langsung,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan rasminya ke Qatar di sini hari ini.
Mengulas mengenai rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor semalam, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut melahirkan rasa dukacita atas kejadian itu yang menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah.
Dr Wan Azizah meminta semua pihak agar bertenang dan jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan menularkan berita-berita yang tidak sahih.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!