Hina Agong: Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas

Abdul Rahim membuat laporan polis berhubung penghinaan kepada Agong.
Abdul Rahim membuat laporan polis berhubung penghinaan kepada Agong.
A
A
A

KUANTAN - Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) Pahang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di media sosial baru-baru ini.

Penasihat DSSM Pahang, Tengku Datuk Abdul Rahim Tengku Abdul Majid berkata, ini kerana tindakan terbabit jelas menggambar tingkah laku yang tidak bermoral.

Jelasnya, malah ia bersikap biadap terhadap kedaulatan institusi raja-raja di negara ini.

“Kita mahu tindakan diambil kepada individu itu untuk dijadikan sebagai teladan serta pengajaran kepada rakyat di negara ini untuk tidak sewenang-wenangnya bersikap ‘kurang ajar’ termasuk di media sosial.

“Tindakan itu turut bertentangan dengan perlembagaan negara ini dan mana-mana rakyat di negara ini yang sengaja melanggarinya wajar dipertikaikan kewarganegaraanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan polis dibuat oleh pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Selain itu, empat lagi laporan polis dibuat oleh persatuan itu di peringkat daerah iaitu di Temerloh, Raub, Rompin dan Pekan.

Turut dihadiri, Penasihat persatuan DSSM, Jamzi Othman; Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Abdul Majid dan Timbalan Yang Dipertua, Khairul Din.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, isu seperti ini tidak perlu ditimbulkan apabila, semua rakyat berada di mana-mana pemerintahan kerajaan.

“Kita harus mematuhi Perlembagaan negera, apabila ada wargananegara yang mempertikaikan termasuk hina Agong, seharusnya kewarganegaraan mereka itu boleh dipertikaikan...Tak kira bangsa apa, kaum apa,” katanya.

Dalam status Facebook berkenaan, pengguna yang menggunakan nama Facebook ‘Desmond Yongkor’ bertindak memuat naik kata-kata yang menghina Yang di-Pertuan Agong ketika Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan minggu lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!