'Bawa pulang' varian baharu dari UK

Kesesakan luar biasa di pintu masuk pelabuhan Dover di Kent, tenggara England selepas UK dan Perancis bersetuju untuk membuka semula sempadan susulan penutupan bagi membendung penularan varian baharu pada akhir minggu lalu. - Foto AFP
Kesesakan luar biasa di pintu masuk pelabuhan Dover di Kent, tenggara England selepas UK dan Perancis bersetuju untuk membuka semula sempadan susulan penutupan bagi membendung penularan varian baharu pada akhir minggu lalu. - Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) semalam mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19, B117 yang kini menular di United Kingdom.

Kes 58,504 tersebut membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang belajar di UK sejak Ogos lalu dan kembali semula ke negara bandar itu pada 6 Disember lalu.

“Dia kemudiannya mengalami demam sehari selepas tiba di negara ini dan disahkan positif Covid-19 pada keesokan harinya ketika menjalani Notis Duduk Rumah (SHN). Kita juga sedang menunggu keputusan 11 lagi kes yang pada awalnya positif untuk jenis B117,” ujar kementerian itu dalam satu kenyataan.

MOH juga percaya tiada bukti menunjukkan varian B117 sudah merebak dalam kalangan komuniti memandangkan kesemua individu dalam kes terbabit menjalani SHN selama 14 hari selain kotak rapat mereka juga turut dikuarantin.

Dalam perkembangan berkaitan, varian baharu Covid-19 yang kini merebak dengan cepat di London telah menjangkiti dua pelajar yang kembali semula ke bandar raya tersebut, menurut Jabatan Kesihatan pada Rabu.

Ketua Cawangan Penyakit Berjangkit Pusat Perlindungan Kesihatan, Dr Chuang Shuk Kawan berkata, keputusan ujian sampel ke atas kedua-dua individu tersebut sepadan dengan varian baharu yang dikesan di UK.

“Lebih banyak analisis perlu dilakukan untuk membuat pengesahan tersebut,” jelasnya.

Sejak Selasa hab kewangan Asia tersebut telah mengenakan larangan terhadap kesemua penerbangan dari UK sekali gus menjadi bandar raya pertama di Asia mengumumkan sekatan sedemikian.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Eksekutif, Carrie Lam dalam sidang media berasingan memaklumkan mereka telah memeterai kontrak bagi mendapatkan 7.5 juta dos vaksin dihasilkan Oxford-AstraZeneca dan kini sedang mencari sumber keempat untuk menampung keperluan kira-kira 7.5 juta penduduk.

“Penduduk boleh membuat pilihan vaksin yang mereka mahukan. Saya menggesa orang ramai mendapatkan suntikan vaksin tersebut demi kebaikan diri sendiri dan orang tersayang,” ujarnya.

Pada Rabu, Israel turut mengenal pasti empat kes varian baharu dan tiga daripadanya membabitkan individu yang sedang menjalani kuarantin selepas kembali dari England. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!