Gempa bumi landa Filipina
MANILA- Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Filipina hari ini, menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi itu menggegarkan wilayah Batangas di pulau besar Luzon pada kedalaman 108 kilometres pada jam 7.43 pagi waktu tempatan.
Penduduk di ibu negara melaporkan bangunan bergegar, namun setakat ini tiada laporan kerosakan diterima.- AFP.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!