Cuping telinga bayi koyak
ANKARA - TURKI. Seorang bayi Syria berusia sebulan yang sedang dirawat di sebuah hospital di daerah Adiyaman mengalami kecederaan parah di cuping telinga kiri selepas anting-anting emasnya direntap seorang wanita.
Sumber polis berkata, suspek dikenali sebagai Hatice A melakukan jenayah tersebut ketika penjaga bayi malang berkenaan keluar dari wad untuk ke tandas.
Wanita itu berada di hospital tersebut kerana menemani saudaranya yang sakit di wad berlainan.
Susulan itu, polis dipanggil ke hospital dan menahan wanita terbabit selepas meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Hatice bakal dihadapkan ke mahkamah, sementara bayi tersebut berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan membetulkan cuping telinganya yang koyak. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!