Rantai emas RM40,000 dilarikan 'pelanggan'

Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris
Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris
A
A
A

MARANG - Sebuah kedai emas di bandar Marang kerugian hampir RM40,000 apabila dua rantai emas dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 5.10 petang, apabila suspek datang ke kedai berkenaan kononnya untuk membeli barang kemas.

Menurutnya, anak pemilik kedai emas itu yang berusia 18 tahun itu kemudiannya melayan suspek setelah dia memberitahu ingin melihat barang kemas yang ada.

"Setelah melihat barang kemas beberapa minit, suspek bertindak melarikan diri bersama dua rantai emas yang dianggarkan bernilai RM40,000.

"Susulan kejadian itu, anak kepada pemilik kedai itu telah membuat laporan di Balai Polis Marang untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Jelasnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang mengenalpasti sama ada suspek mempunyai rakan sejenayah yang lain.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!