Suami isteri berteduh dalam rumah papan lapis

Baladiah dan suaminya yang dikunjungi wakil kerajaan dan pihak berwajib hidup dalam kesempitan berikutan kediamannya hanya diperbuat daripada kayu papan lapis.
Baladiah dan suaminya yang dikunjungi wakil kerajaan dan pihak berwajib hidup dalam kesempitan berikutan kediamannya hanya diperbuat daripada kayu papan lapis.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pasangan suami isteri hidup serba daif apabila rumahnya hanya diperbuat daripada kayu papan lapis selain terpaksa menarik bekalan elektrik di rumah bsrsebelahan.

Lebih menyedihkan, tempat berteduh dihuni keluarga itu kerap kali dilimpahi hujan berikutan keadaan bumbung bocor yang tidak dibaik pulih, selain persekitaran luar kediaman semak-samun.

Baladiah Razali, 34, berkata, kehidupan dilaluinya bersama suami, Mohd Rashid Saparuan, 42, di Kampung Bagan Terap, di sini, serba kekurangan.

"Kami terpaksa menempuhi keadaan ini walaupun pahit untuk ditelan, apatah lagi tinggal di rumah uzur seperti ini," katanya.

Baladiah yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menghidap mental sejak berusia 15 tahun berkata, biarpun dugaan melanda, namun dia tekad membesarkan dua anak, Nur Izzah Afifah, 7, dan Nur Izzah Zahara, 4.

"Saya pernah bekerja sebagai guru di sebuah sekolah agama di Bagan Datuk, Perak, tapi terpaksa bersara awal sebab alami masalah mental.

"Sejak mula mengajar pada 2009, masalah ini kerap mengganggu tumpuan saya sehingga mengambil keputusan bersara awal pada 2015," katanya.

Menurut Baladiah, suaminya sebelum ini bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, namun kini tidak berupaya selepas kemalangan jalan raya pada 2003.

Artikel Berkaitan:

"Akibat kemalangan itu, dia (suami) hampir kehilangan peti suara dan ingatan selain koma berbulan-bulan di hospital.

"Kini, dia tidak mampu melakukan kerja berat dan hanya bergantung pada pencen ilat sebanyak RM1,100 sebulan selain bantuan yang saya terima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan," katanya.

Sebelum itu, keluarga itu menerima kunjungan Pegawai Khas Penyelaras Parlimen Sabak Bernam Mohd Zaki Sungib dan Ketua Operasi Agihan Daerah Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Sabak Bernam, Mohd Fadzly Sulaiman.

Baladiah tidak menyesali nasibnya dan suami seperti itu, sebaliknya bersyukur dengan apa yang ditakdirkan ALLAH SWT.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menghubungi Mohd Rashid di talian 013-3377044 atau menyalurkan terus ke akaun Bank Islam atas nama Mohd Rashid Saparuan (12056022719257).

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, pihaknya akan memanjangkan perkara itu kepada pihak atasan dalam usaha membantu keluarga itu keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Selain itu, kami bersama beberapa agensi berkaitan mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan rumah berkenaan,” katanya.

Mohd Fadzly berkata, keluarga terbabit telah didaftarkan sebagai asnaf dan menerima bantuan Hari Raya dan pendidikan pada tahun lalu.

"LZS berusaha menyalurkan bantuan baik pulih rumah bagi memberikan kediaman lebih selesa kepada keluarga terbabit," katanya.

#sabakbernam Rumah papan lapis tempat 'berteduh' MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Pasangan suami isteri hidup serba daif apabila rumahnya hanya diperbuat daripada kayu papan lapis selain terpaksa menarik bekalan elektrik di rumah bsrsebelahan. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/11626/EDISI/Selangor-KL/Suami-isteri-berteduh-dalam-rumah-papan-lapis

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Wednesday, February 6, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!