Polis rampas rokok tanpa cukai bernilai RM203,700

Polis berjaya merampas pelbagai rokok tanpa cukai bernilai RM203,700 dalam serbuan di Kuala Selangor pada Khamis.
Polis berjaya merampas pelbagai rokok tanpa cukai bernilai RM203,700 dalam serbuan di Kuala Selangor pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan dua lelaki kerana memiliki dan menyembunyikan rokok tanpa cukai bernilai keseluruhan RM203,700 di dalam sebuah van dan di sebuah rumah, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun itu ditahan polis bersama 945 karton rokok pelbagai jenama di dalam sebuah van di jalan besar berhadapan sebuah masjid pada jam 2 petang.

Menurutnya, soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan 2,450 karton rokok lagi yang disimpan di sebuah rumah di Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan.

"Pemeriksaan awal mendapati kesemua rokok yang dirampas disyaki tidak bercukai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

"Kedua-dua individu terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan permohonan reman diberi selama tiga hari sehingga Ahad," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!