Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun

Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam. - Foto Ihsan JBPM KL
Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam. - Foto Ihsan JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga orang kontraktor pembersihan maut selepas dipercayai terhidu gas beracun ketika melakukan kerja-kerja pembersihan sebuah loji di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, di sini pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.41 petang dan sepasukan anggota bersama jentera digegaskan ke lokasi bagi melakukan tugas menyelamat.

Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam. - Foto Ihsan JBPM KL
Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam. - Foto Ihsan JBPM KL

Katanya, sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati kejadian berkenaan melibatkan enam orang mangsa lelaki yang merupakan kontraktor pembersihan dan telah mengalami masalah pernafasan kerana terhidu gas dari loji kumbahan sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan di sana.

"Dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari loji berkenaan sebelum ketibaan pasukan JBPM, manakala empat lagi masih berada di dalamnya," katanya.

Susulan itu, katanya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM turut melakukan kerja-kerja bacaan udara dan pengudaraan di lokasi bagi memastikan keadaan kualiti udara di dalam loji itu berada dalam keadaan selamat sebelum usaha mengeluarkan mangsa lain dilakukan.

Anggota JBPM berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kejadian di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Ihsan JBPM KL
Anggota JBPM berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kejadian di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Ihsan JBPM KL

Menurutnya, seorang daripada mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala tiga lagi maut di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang maut itu juga berjaya dinaikkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM dan seterusnya menjalani proses dekontaminasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!