Jangan mendabik dada sangat kawan : Sharnaaz Ahmad
PELAKON Sharnaaz Ahmad mengingatkan segelintir anak seni yang cepat mendabik dada selepas mengecap populariti dalam masa singkat.
Menurut aktor berusia 34 tahun ini menerusi Insta Stories miliknya, dia berkata, seorang seniman akan mendedikasi sepanjang hayatnya untuk seni.
"Kita sebagai anak seni, kalau setakat satu hingga dia drama atau filem meletop, orang mula bagi perhatian, follower naik, mula dapat tukar kereta mewah, jadi duta satu ke dua jenama besar, jangan mendabik dada sangat kawan.
"Kenapa saya cakap macam ini? Kerana saya sayang pada sahabat.
"Seorang seniman mendedikasikan sepanjang hayatnya untuk seni, jauh lagi perjalanan anda sahabat.
"Hebatnya seorang seniman itu bukan terletak pada followers, harta, award, kemewahan. Tetapi tunggu matinya sang seniman agung itu," ujarnya.
Malah tambah Sharnaaz, sesiapa sahaja boleh merampas populariti seorang seniman, namun tidak pada bakatnya.
"Anda boleh rampas populariti seorang seniman, namun anda tidak boleh rampas bakat seorang seniman," akhirinya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!