Banjir Kelantan: 33 mangsa masih berada di PPS

Beberapa jemaah yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Bendang Pa'yong di Tumpat pada Jumaat mengharungi limpahan air melebihi paras buku lali (kira-kira 0.3 meter) berikutan banjir termenung yang berlaku sejak Sabtu lepas. - Foto Bernama
Beberapa jemaah yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Bendang Pa'yong di Tumpat pada Jumaat mengharungi limpahan air melebihi paras buku lali (kira-kira 0.3 meter) berikutan banjir termenung yang berlaku sejak Sabtu lepas. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan apabila seramai 33 orang daripada enam keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 pagi ini, berbanding 122 orang daripada 39 keluarga pada Jumaat.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, kesemua mangsa termasuk seorang wanita warga emas dan seorang bayi lelaki ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas.

“Kesemua mangsa berada di PPS berikutan kediaman mereka yang terletak di kawasan rendah masih digenangi air disebabkan banjir termenung,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Sementara itu, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my setakat jam 8 pagi ini, dua sungai di Kelantan merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan bacaan 8.20 meter (m) (amaran 8 m) namun dengan trend menurun.

Dalam pada itu, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat, merekodkan bacaan 2.48 m (amaran 2.15 m). - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Penduduk lega Perdana Menteri percepat tebatan banjir di Kelantan

Banjir di Kelantan makin pulih

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!