Kabinet India lulus MOU dengan Malaysia

Narendra Modi
Narendra Modi
A
A
A

NEW DELHI - Kabinet India yang dipengerusikan Perdana Menteri, Narendra Modi, meluluskan perjanjian antara badan setiausaha syarikat India dan Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan standard profesion berkenaan, selain memudahkan pergerakan setiausaha syarikat di rantau Asia Pasifik, kata kenyataan kerajaan pada Rabu.

Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS) dan Institut Setiausaha Syarikat India (ICSI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dan meningkatkan status dan prestij profesion setiausaha syarikat di kedua-dua negara.

Mereka juga berusaha menggalakkan pergerakan setiausaha syarikat di Asia.

MACS ialah badan profesional bebas yang dikawal sendiri, manakala ICSI berfungsi untuk membangun dan mengawal profesion setiausaha syarikat di India.

Kementerian Hal Ehwal Korporat India yangmengawa selia ICSI, meluluskan permohonan MACS pada 2017 untuk mengguna pakai standard kesetiausahaan India sebagai penanda aras dalam membangunkan peraturan profesionalnya sendiri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!