Lelaki maut tergelincir dalam kolam

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin mencari mangsa yang tergelincir ke dalam kolam takungan air di sebuah kilang ayam di Mantin pada Sabtu. - Foto ihsan bomba
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin mencari mangsa yang tergelincir ke dalam kolam takungan air di sebuah kilang ayam di Mantin pada Sabtu. - Foto ihsan bomba
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki maut selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam takungan air di tempat kerjanya di sebuah kilang ayam di Mantin pada Sabtu.

Mangsa, Shahrun Nizam Mohamad Norman, 25, disahkan maut oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian selepas mayatnya ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hidayat Basly berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.36 malam dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Kami menerima maklumat terdapat seorang lelaki dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam kolam berkenaan.

“Pasukan penyelamat menggunakan 'grippling iron' untuk mencari mangsa termasuk 'portable pump' untuk mengepam air keluar dari kolam,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, keadaan cuaca ketika kejadian adalah hujan dan mangsa ditemui kira-kira jam 1.48 pagi di dasar kolam.

“Mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan dan mayatnya telah diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!