Carballo tekad lakar kemenangan di Malaysia
Miguel Carballo - Foto Zimbio
A
A
A
Miguel Carballo dari Argentina yang kini mendahului carta kedudukan dengan keseluruhan hadiah wang tunai AS$41,713 (RM174,828) berharap dapat menamatkan musim ini dengan keputusan cemerlang selepas berjaya menempatkan diri beraksi pada Kejohanan Golfpreneur Ciputra di Indonesia, Ogos lalu.
“Saya sangat gembira dengan pencapaian musim ini. Saya bermain sangat baik sepanjang tahun ini dalam ADT dan saya mahu menamatkan musim ini dengan keputusan cemerlang di Malaysia,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jelajah Asia semalam
Dalam pada itu, dua pemain muda berbakat Thailand – Varanyu Rattanaphiboonkij dan Nitithorn Thippong – masih berpeluang merangkul gelaran ADT selepas masing-masing mengumpul hadiah kemenangan US$33,423 (RM140, 069) dan US$32,610 (RM136,675).
Tujuh pemain teratas dalam carta kedudukan akhir Order of Merit ADT 2018 akan mendapat peluang beraksi pada Jelajah Asia bagi musim 2019.
Kesemua kejohanan ADT menawarkan status Ranking Rasmi Golf Dunia (OWGR).
Juara setiap kejohanan berkenaan menerima minimum enam OWGR mata manakala enam pemain terbaik turut mendapat mata. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!