Pencarian pemenang makin hampir

Petugas-petugas Peraduan Sinar Harian Di Hatiku membuka sampul penyertaan dari seluruh negara dan memasukkan data peserta.
Petugas-petugas Peraduan Sinar Harian Di Hatiku membuka sampul penyertaan dari seluruh negara dan memasukkan data peserta.
A
A
A

SHAH ALAM - Pencarian siapakah pemenang Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk membolot wang tunai keseluruhan RM60,000 semakin mendebarkan apabila proses pengiraan dan pengasingan semua borang penyertaan dari seluruh negara memasuki fasa kedua minggu ini.

Menurut Koordinator Advertorial Sinar Harian, Asmaliza Mansor, pihak penganjur baru selesai fasa pertama untuk membuka dan memasukkan data semua peserta yang menghantar borang penyertaan.

Katanya, proses kedua pencarian pemenang yang akan dimulakan pada minggu ini adalah untuk mencari peserta dengan jawapan yang tepat dan slogan paling kreatif serta memikat.

“Setakat ini kakitangan kita telah membuka dan memasukkan data semua penyertaan yang dihantar pembaca setia Sinar Harian dari seluruh negara.

“Jumlah penyertaan yang diterima amatlah luar biasa, lebih 20 guni besar dari pejabat pos tiba ke pejabat Sinar Harian sejak Oktober lalu.

“Ini belum lagi penyertaan-penyertaan kreatif yang dihantar sendiri peserta kerana ada rekaan kreatif yang sebesar sebuah peti ais,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Asmaliza, selepas fasa kedua tersebut, fasa seterusnya adalah untuk menyenarai pendek peserta dengan slogan terbaik.

Kemudian, katanya, penjurian fasa akhir akan diadili oleh juri-juri profesional melibatkan pakar-pakar daripada pelbagai agensi.

Artikel Berkaitan:

Proses kedua pencarian pemenang yang akan dimulakan minggu ini adalah untuk mencari peserta dengan jawapan yang tepat dan slogan paling kreatif serta memikat.
Proses kedua pencarian pemenang yang akan dimulakan minggu ini adalah untuk mencari peserta dengan jawapan yang tepat dan slogan paling kreatif serta memikat.

“Untuk penjurian akhir, kita akan undang tokoh, pensyarah dan personaliti profesional untuk mencari siapakah pemenang paling layak untuk pulang dengan hadiah keseluruhan RM60,000.

“Untuk proses fasa kedua dan penjurian akhir ini, ia dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu lagi,” katanya.

Peraduan Sinar Harian Di Hatiku dimulakan sejak 5 Oktober lalu sebelum ditutup pada 14 Disember lalu.

Peraduan berkenaan memerlukan peserta meneka dan menjawab dengan tepat gambar yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.

Peserta perlu mengumpul lima jawapan yang tepat bersama lima masthead Sinar Harian.

Dalam pada itu, untuk Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku, pihak penganjur telah memilih dan menghubungi pemenang bagi minggu 4 hingga 8 baru-baru ini.

Pemenang minggu pertama dan ketiga telah diumumkan pada awal November lalu.

Sementara itu, bagi Peraduan Klik, pemenang mingguan akan membawa pulang RM1,000.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!