18 maut dijangkiti Covid-19 selepas dikunjungi 'Santa Claus'
BELGIUM- Seramai 18 penghuni warga emas di sebuah pusat jagaan di Belgium maut dijangkiti Covid-19 selepas pusat itu dikunjungi seorang lelaki yang berpakaian 'Santa Claus'.
Santa Claus itu dipercayai mengunjungi pusat jagaan di Mol, Antwerp, pada awal Disember itu disahkan positif Covid-19 selepas tiga hari mengunjungi pusat tersebut.
Lelaki itu itu turut menjangkiti seramai 121 warga pusat jagaan itu termasuk 36 kakitangannya.
Sementara itu, Datuk Bandar pekan itu, Wim Caeyers berkata, apa yg berlaku disifatkan sebagai tragedi hitam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!