'Lapangkan hati ini Ya ALLAH untuk reda ujian-Mu'

Tangkap layar antara luahan yang dikongsi Fatin Nabilah Huda menerusi akaun Twitter miliknya. Naim Hariri meninggal dunia dalam kejadian di Pantai Kelulut, Marang pada Jumaat. FOTO: Ihsan pembaca
Tangkap layar antara luahan yang dikongsi Fatin Nabilah Huda menerusi akaun Twitter miliknya. Naim Hariri meninggal dunia dalam kejadian di Pantai Kelulut, Marang pada Jumaat. FOTO: Ihsan pembaca
A
A
A

KUALA TERENGGANU - 'Moga sayang juga meninggal dalam khusnol khotimah', itu antara luahan pilu yang dilontarkan bakal isteri mangsa lemas dalam kejadian di Pantai Kelulut, Marang pada Jumaat.

Luahan yang dikongsikan menerusi akaun Twitter miliknya itu mendapat pelbagai reaksi malah meruntun jiwa netizen terutama dalam kalangan keluarga dan kenalan.

Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, yang merupakan tunang kepada Naim Hariri Kamaruddin, 31, dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada Sabtu di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, Marang.

Fatin Nabilah Huda sebelum ini tidak dapat ditemui media kerana masih bersedih dan terkejut dengan tragedi menimpa tunangnya itu.

Beliau dilihat cuba menyembunyikan kesedihan selepas impian untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian.

Dalam hantaran terbaharu di Twitternya, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas segala doa yang dikirimkan semua pihak kepadanya serta keluarga bakal suami.

Tangkap layar antara luahan yang dikongsi Fatin Nabilah Huda menerusi akaun Twitter miliknya.
Tangkap layar antara luahan yang dikongsi Fatin Nabilah Huda menerusi akaun Twitter miliknya.

Anak ketiga daripada enam beradik itu turut mendoakan kesejahteraan mereka yang mendoakan selain memohon diampunkan segala dosanya dan bakal suami.

Artikel Berkaitan:

“Lapangkan hati ini Ya ALLAH untuk reda dengan ujianMu, dear dah selamat di sana, syahid meninggalkan dunia. Ramai doakan dear. Tinggal sayang dekat sini untuk teruskan hidup.

“Semoga nanti sayang juga meninggal dengan khusnol khotimah. Pengakhiran yang baik seperti dear. ALLAH sayang kita berdua, ALLAH sayang semua,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Mayat bakal pengantin ditemui terdampar di tepi Pantai Alur Tuman

Bakal pengantin dijadual nikah hari ini dikhuatiri lemas

Majlis perkahwinan diteruskan, pelamin sepi tanpa pengantin


Sebelum itu, Fatin Nabilah Huda turut memuat naik luahan ‘saya cintakan awak, sayang’ beserta dengan harapan semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan mereka berdua.

“I love u my dear lillahi taala. Kau ampunkan dosa-dosa kami ya Allah, beri jalan buat kami ya Allah. Hanya kepada-Mu aku berserah. My dear dah janji nak jaga sayang, baliklah dear,” katanya.

Kedua-dua pasangan itu dijadualkan melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin di Bukit Payung, Marang jam 10 pagi pada Sabtu.

Walaubagaimanapun, majlis itu tetap dilangsungkan tanpa kehadiran pengantin disebabkan telah ramai tetamu yang dijemput untuk bertandang ke majlis itu.

Mayat Naim Hariri yang berasal dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur ditemukan pasukan penyelamat pada jam 8.55 pagi pada Ahad di Pantai Alur Tuman, Marang kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!