Petrus Shitembi pemain import pertama diumum TFC

Petrus Shitembi
Petrus Shitembi
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) mengumumkan pemain import pertamanya, Petrus Shitembi bagi membantu skuad itu mengharungi saingan musim 2021 termasuk aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

TFC dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pemain berasal dari Namibia yang sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Sabah dan akan berkhidmat di bumi Terengganu selama setahun serta memakai jersi bernombor 19.

Sebelum menyertai skuad Sabah, pemain berusia 28 tahun itu telah beraksi dalam beberapa liga di sekitar benua Afrika sejak 2010 dan mempunyai lebih 65 rekod perlawanan bersama skuad kebangsaan Namibia.

“Sebagai seorang pemain yang selesa bermain di posisi tengah menyerang dan memiliki gelaran 'The Dancing Shoes', pemain yang dominan dengan kaki kiri ini mampu untuk menggelecek untuk mengucar-ngacirkan pertahanan lawan dan mencipta peluang di bahagian hadapan sama ada menerusi permainan terbuka mahupun set piece.

“Dalam masa yang sama, beliau juga seorang pemain yang rajin dan cepat untuk turun membantu bahagian pertahanan. Adalah satu bonus bagi mana-mana pasukan untuk memiliki pemain yang mampu menyerang dan juga bertahan dalam satu-satu perlawanan,” kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!