Kerajaan wibawa tak benarkan wujud pemimpin miliki sijil palsu

Kenyataan Mohd Asri menerusi hantaran di Facebook berkaitan pemilikan sijil palsu
Kenyataan Mohd Asri menerusi hantaran di Facebook berkaitan pemilikan sijil palsu
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan mana-mana kerajaan berwibawa tidak akan membenarkan wujud dalam kepimpinan mereka anggota yang memiliki sijil palsu atau beli.

Katanya, soal tidak jujur berhubung pemilikan sijil adalah lambang tidak amanah dalam diri.

"Jika mana-mana kerajaan menyimpan anggota sedemikian, bererti ia sebuah kerajaan yang tidak begitu mengambil berat soal integriti," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, seorang pemilik Facebook mendakwa program pengajian jarak jauh (PJJ) bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Marzuki Yahya tidak wujud di Universiti Cambridge.

Susulan dakwaan tersebut, seorang aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun itu.

Marzuki dalam responsnya berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut dan akan membuktikan Ijazah Sarjana Muda daripada universiti Cambridge yang diperoleh adalah tulen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!