Covid-19: Kes di Sabah masih tinggi, PKPB dilanjut sehingga 14 Januari

Masidi
Masidi
A
A
A

KOTA KINABALU - erintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah dilanjutkan lagi mulai 1 Januari sehingga 14 Jan 2021, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, lanjutan PKPB itu kerana kes Covid-19 di Sabah masih lagi tinggi dan menunjukkan peningkatan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini masih lagi tinggi dan menunjukkan peningkatan kes.

“Atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju agar PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan lagi mulai 1 Januari hingga 14 Jan 2021,” kata Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 157 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah pada Isnin.

Jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes di negeri itu kini sebanyak 36,231 kes, katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, seramai 248 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah seramai 34,038 orang setakat Isnin.

“Seramai 1,544 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 597 di hospital dan 947 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Artikel Berkaitan:

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi ialah 56 orang dan 15 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Menurutnya, 24.9 peratus daripada 6,410 unit katil disediakan di hospital dan PKRC digunakan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Masidi berkata, kerajaan Sabah telah mengagihkan sebanyak 304,633 bakul makanan kepada golongan sasar setakat ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!